LUKISAN PERSPEKTIF

PENDAHULUAN l-l ORTOGRAFIK l-l ISOMETRI l-l PERSPEKTIF l-l GEOMETRI l


________________________________________________________________________

UNIT 3 : LUKISAN PERSPEKTIF

Pengenalan Konsep

Lukisan perspektif (3 Dimensi) adalah lukisan yang digambarkan melalui lembaran lukisan terhadap apa yang dilihat oleh mata. Lukisan perspektif boleh dilukis menggunakan 3 teknik lukisan yang dapat dikenalpasti melalui bilangan titik lenyap yang digunakan. Melalui lukisan perspektif, kita dapat meggambarkan sesebuah benda atau ruang secara nyata di atas sebuah bidang datar (gambar) atau memperjelaskan sesuatu yang dilukis secara geometri (2 Dimensi) sehingga dapat dilihat dari atas, bawah dan sisi.

Terdapat 6 jenis pandangan perspektif.
  • Perspektif mata semut.
  • Perspektif mata katak
  • Perspektif mata manusia.
  • Perspektif mata burung.
  • Pespektif cermin cembung.
  • Perspektif spera kaca


Terdapat tiga jenis teknik melukisan perspektif yang perlu diketahui oleh pelajar.
  1. Perspektif satu titik.
  2. Pespektif dua titik.
  3. Perspektif tiga titik.
Sebelum mula melukis pelajar perlu mengetahui beberapa elemen penting perspektif, iaitu
  • Garis Bumi (GT) - Garisan yang mewakili satah bumi.
  • Garis Ufuk (GU) - Garisan khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.
  • Garis Penglihatan (GP) - Garisan unjuran dari titik stesyen ke titik tertentu pada objek.
  • Satah Gambar (SG) - Satah khayalan lut sinar yang terletak antara objek dan titik stesen.
  • Titik Stesen (TS) - Kedudukan mapa pelukis apabila melihat sesuatu objek.
  • Titik Lenyap (TL) - Titik yang mewakili objek pada jarak yang sangat jauh.
  • Objek - Sesuatu objek yang dilihat oleh pelukis.

Contoh gambar perspektif satu titik.






Contoh gambar perspektif dua titik.





Contoh gambar perspektif tiga titik.




Video melukis lukisan perspektif






\

Video tutorial melukis lukisan perspektif




http://www.scribd.com/doc/125687702/Lukisan-Perspektif

Di bawah ini adalah contoh-contoh lukisan yang dilukis menggunakan teknik-teknik di atas.

Tontoni video di bawah ini  bagi menambahkan lagi pemahaman anda mengenai lukisan perspektif. 

  1.  Video 1 --> Klik di sini <---
  2.  Video 1 --> Klik di sini <---
  3.  Video 1 --> Klik di sini <---
  4.  Video 1 --> Klik di sini <---
  5.  Video 1 --> Klik di sini <---
  6.  Video 1 --> Klik di sini <---

No comments:

Post a Comment