l PENDAHULUAN l-l ORTOGRAFIK l-l ISOMETRI l-l PERSPEKTIF l-l GEOMETRI l
Penerangan Konsep
Lukisan unjuran ortografik adalah lukisan-lukisan dimensi yang selari dengan paksi-x dan paksi-y.
Untuk melukis menggunakan kaedah unjuran ortografik, setiap pandangan objek dilukis dengan gabungan dua ukuran iaitu PANJANG-TINGGI dan LEBAR-TINGGI .
Sudut pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan kepada suatu permukaan yang bersudut tepat dengan objek.
Video 1a : Lukisan satah pandangan unjuran ortografik
Setiap permukaan lengkung juga dilihat pada suatu permukaan yang bersudut tepat.
Lukisan unjuran ortografik boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu :
- Unjuran Ortografik Sudut Pertama ( 1st Angle Projection).
- Unjuran Ortografik Sudut Kedua ( 3rd Angle Projection).
Video 1b : Pandangan sebenar objek pada unjuran ortografik sudut pertama dan ketiga.
Arah Pandangan Yang Terlibat Dalam Lukisan Unjuran Ortografik
Kedudukan arah pandangan PELAN , pandangan HADAPAN dan pandangan SISI pada satah ortografik menjadi perkara penting dalam menentukan jenis lukisan unjuran ortografik yang digunakan, berikut adalah arah pandangan yang terlibat,
Rajah 1a : Kedudukan pandangan bagi unjuran ortografik sudut pertama
i) Kedudukan arah pandangan pada Unjuran Ortografik Sudut Pertama :-
Bagi unjuran sudut pertama, kedudukan pandangan hendaklah ditunjukkan seperti berikut,
Rajah 1b : Kedudukan satah unjuran untuk melukis unjuran ortografik sudut pertama
ii) Kedudukan arah pandangan pada Unjuran Ortografik Sudut Ketiga :-
Rajah 1c : Kedudukan satah unjuran untuk melukis unjuran ortografik sudut ke tiga.
Langkah-langkah melukis unjuran Ortografik Sudut Pertama
Lukisan ortografik boleh dilukis dengan melaksanakan langkah-langkah berikut :
Langkah 1 : Tentukan PANGJANG, LEBAR dan TINGGI maksima sesuatu objek yang hendak dilukis.
Langkah 2 : Lukis paksi ortografik mengikut kesesuaian kedudukan pandangan.
Langkah 3 : Lukis pandangan hadapan objek terlebih dahulu mengikut dimensi ukuran objek.
Langkah 4 : Lukis pandangan pelan objek mengikut dimensi ukuran objek.
Langkah 5 : Dapatkan titik persilangan bagi unjuran objek dan lukis pandangan sisi.
Di bawah ini adalah video yang dapat membantu pelajar untuk melukis.
Video 1c : Panduan melukis lukisan unjuran ortografik
Tutorial Melukis Unjuran Ortografik
Arahan Tutorial :
Arahan Tutorial :
- Download kertas kerja 1 dan cetak pada helaian kertas bersaiz A4.
- Berpandukan tayangan video 1d, lukis unjuran ortografik bagi objek tersebut.
- Masa yang diperuntukkan untuk menyempurnakan tutorial ini adalah 6 minit.
Senarai Bahan :
- Kertas kerja 1 (Download dan cetak)
Panduan menyelesaikan tutorial :
Video 1d : Panduan Tutorial
Di bawah ini disediakan video-video yang perlu anda lihat bagi menambahkan pemahaman pelajar berkenaan konsep melukis unjuran sudut ortografi.
Anda dinasihatkan supaya menyediakan pensil dan kertas untuk melakar setiap contoh-contoh tersebut dan merekodkannya ke dalam laporan portfolio pembelajaran anda.
- Pengenalan kepada Lukisan Ortografik ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik Garis Lurus ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik Lengkung 1 ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik Lengkung 2 ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik (Contoh 1) ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik (Contoh 2) ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik (Contoh 3) ----> Klik di sini <----
- Contoh melukis unjuran Ortografik (Contoh 4) ----> Klik di sini <----
Bagi menambahkan lagi pemahaman, pelajar-pelajar boleh merujuk lain-lain contoh pembinaan lukisan unjuran ortografik di --> Klik disini <---
Selamat Berjaya
Selamat Berjaya
No comments:
Post a Comment