LUKISAN SENIBINA

PENDAHULUAN l-l ORTOGRAFIK l-l ISOMETRI l-l PERSPEKTIF l-l GEOMETRI l

LUKISAN SENIBINA l

________________________________________________________________________

Pengenalan Umum

Senibina adalah faktor/unsur fizikal yang menggabungkan seni dan sains. Ia merangkumi tiga keperluan asas manusia iaitu sebagai elemen pelindung, kesenian simbolik serta ekonomi. Senibina mempunyai makna tersendiri kepada manusia kerana ia mencerminkan budaya setiap individu dan kumpulan masyarakat.

Unit ini akan memperkenalkan pelajar kepada :-
  • Lukisan Kerja
  • Lukisan Butiran
  • Lukisan Persembahan
Sebenarnya dalam bidang lukisan senibina ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada :-
  1. Mempelajari asas teknik-teknik melukis lukisan teknikal
  2. Menyedia lukisan butiran (Detail Drawing)
  3. Menyediakan lukisan persembahan (Pesentation Drawing)
  4. Menyediakan lukisan kerja (Working Drawing)
  5. Menyediakan lukisan pendawaian elektrik (Elektrikal Drawing)
  6. Menyediakan lukisan penyaman udara untuk bangunan.
  7. Menyediakan lukisan sistem saluran paip domestik dan sistem pembuangan air.
  8. Membuat kerja-kerja pembentukan model.
  9. Sains dan matematik ketukangan. 
Untuk unit ini pelajar-pelajar hanya akan mempelajari teknik-teknik asas menghasilkan lukisan kerja, lukisan butiran dan lukisan persembahan sahaja. Kemahiran-kemahiran lanjut berkaitan lukisan senibina akan diperolehi pada semester yang berikutnya.

Konsep Asas Lukisan Kerja

Konsep Asas Lukisan Butiran

Konsep Asas Lukisan Persembahan

Lukisan persembahan merupakan lukisan yang dihasilkan bertujuan untuk ditunjukan atau dipersembahkan kepada pelanggan. Lukisan persembahan adalah berbeza dengan lukisan kerja dan lukisan butiran, lukisan ini dibuat setelah lukisan kerja siap dan tiada sebarang perubahanyang perlu dilakukan lagi. Setelah pelanggan dan semua pihak yang terlibat berpuas hati  dengan lukisan kerja yang disiapkan, maka lukisan persembahan ini perlu dilukis untuk menampakkan lagi bentuk bangunandengan lebih jelas. Lukisan persembahan perlu dimasukkan dengan aspek-aspek yang penting seperti warna, lanskap, "figure" dan sebagainya untuk lebih menarik untuk dilihat. Dalam lukisan persembahan juga perlu dimasukkan lukisan 3D sama ada lukisan perspektif atau lukisan aksonometri. Pentingnya lukisan 3D ini dalam sesebuah lukisan persembahan adalah untuk menampakkan dengan lebih jelas fasad sesebuah bangunan yang hendak dibina.

Apakah lukisan persembahan?

Satu bentuk lukisan yang terakhir sekali dihasilkan setelah proses rekabentuk selesai. Lukisan ini digunakan bertujuan untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi menarik lebih minat mereka kepada produk / rekabentuk yang dihasilkan kerana menerapkan warna, bentuk asasl yang lebih jelas.

Ianya dapat membantu arkitek untuk menerangkan, 
  • Bentuk keseluruhan bangunan.
  • Bahagn/material yang digunakan.
  • Konsep idea rekabentuk.
  • Perletakan bangunan.
Tujuan :

Untuk mempersembahkan cadangan rekabentuk kepada pelanggan

Kepentingan :
  • Haruslah kelihatan menarik.
  • Memenuhi ciri-ciri yang diingini dan dapat berkomunikasi.
  • supaya pelanggan tertarik dan bersetuju dengan cadangan rekabentuk tersebut.
Kreteria yang perlu ada pada sebuah lukisan persembahan
  •  Susunan aturan lukisan yang baik.
  • Tajuk yang sesuai.
  • Warna yang sesuai.
  • Grafik yang menarik.
  • Berinformasi.
Pemilihan kertas untuk persembahan
  • Kertas warna air - sesuai digunakan untuk bahan lukisan lembut seperti pen dan dakwat , garisan berus dan air brush.
  • Kertas lukisan - sesuai untuk semua jenis bahan lukisan dan bergantuk kepada jenisnya.
  • Kertas cetakkan - permukaan licin dan sesuai untuk mencetak.
Contoh-contoh lukisan persembahan


Menggunakan pensil warna


Menggunakan warna air


Menggunakan perisian AUTO CADD



Menggunakan perisian SketchUp

Teknik asas menghasilkan lukisan persembahan,
  • Lakaran
  • Perisian AUTO CADD
  • Perisian SketchUp
  • Photoshop
Vedio Interaktif lakaran dan lorekan










Teknik-teknik mewarna dan lorekan






No comments:

Post a Comment