LUKISAN BERPAKSI ISOMETRI

PENDAHULUAN l-l ORTOGRAFIK l-l ISOMETRI l-l PERSPEKTIF l-l GEOMETRI l

LUKISAN SENIBINA l

________________________________________________________________________

UNIT 2 : LUKISAN ISOMETRI

Pengenalan Konsep

Lukisan isometri adalah salah satu bentuk lukisan (3 dimensi) berpaksi-x, paksi-y dan paksi-z. Lukisan ini digunakan bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam unjuran isometri sudut antara unjuran paksi adalah sama iaitu 120 darjah. Perkara ini adalah asas bagi paksi-paksi isometri dimana semua skala (ukuran panjang, lebar dan tinggi) pada setiap paksi adalah sama.


Rajah 2a : Sudut antara paksi-paksi isometri

Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu, ukuran lebar (paksi-B), tinggi (paksi-A) dan dalam (paksi-C).


Rajah 2b : Gambaran tiga dimensi lukisan isometri (paksi menghala ke atas)


Rajah 2c : Gambaran tiga dimensi lukisan isometri (paksi menghala ke bawah)

Gambarajah di bawah menunjukkan objek yang dilukis dalam bentuk isometri. Semua objek yang dilukis dalam bentuk isometri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu PANDANGAN ATAS, PANDANGAN HADAPAN dan PANDANGAN SISI apabila dilihat pada satu arah pandangan.


Rajah 2d : Pandangan-pandangan pada objek isometri

Untuk melukis lukisan isometri, pelajar memerlukan sekurang-kurangnya dua pandangan ortografik iaitu PANDANGAN HADAPAN dan PANDANGAN ATAS .

Sebagai contoh dapatlah ditunjukkan pada gambarajah di bawah.


Langkah-langkah membina lukisan isometri

Langkah 1 : Tentukan dimensi ukuran yang paling panjang dan tinggi.

Langkah 2 : Bina kotak isometri (menggunakan garisan panduan)

Langkah 3 : Pindahkan dimensi ukuran pada lukisan unjuran ortografik dengan menandakan titik-titik ukuran kepada satah-satah isometri.

Langkah 4 : Sambungkan titik-titik ukuran menjadi objek isometri.

Langkah 5 : Lukiskan dimensi setiap pepenjuru objek isometri.

Tutorial Lukisan Isometri pada satah lurus.

Arahan :

Lukis semula pandangan ortografik di bawah menggunakan lukisan isometri.


Panduan penyelesaian tutorial

Langkah 1 :


Langkah 2 :


Langkah 3 :



Langkah 4 :



Langkah 5 : Lukis dimensi setiap sisi pepenjurunya

Lihat Video contoh membina lukisan isometri di bawah


Membina bulatan pada satah isometri

Oleh kerana, satah isometri adalah condong maka lubang-lubang pada lukisan ortografik adalah berbentuk elips pada satah isometri. Di bawah ini disediakan contoh-contoh video untuk melukis bulatan pada satah isometri.
 Berikut adalah panduan melukis yang diajar di dalam kelas oleh Cekgu Romie
  1. Pengenalan kepada lukisan isometri ---> Klik di sini <---
  2. Contoh melukis lukisan isometri Satah Rata ---> Klik di sini <---
  3. Contoh melukis lukisan isometri Satah Condong ---> Klik di sini <---
  4. Contoh melukis lukisan isometri Satah Oblik ---> Klik di sini <---
  5. Contoh melukis bulatan dalam lukisan isometri ---> Klik di sini <---
  6. Contoh melukis lukisan isometri (Contoh 1) ---> Klik di sini <---
  7. Contoh melukis lukisan isometri (Contoh 2) ---> Klik di sini <---
  8. Contoh melukis lukisan isometri (Contoh 3) ---> Klik di sini <---
Bagi menambahkan lagi pemahaman, pelajar-pelajar boleh merujuk lain-lain contoh pembinaan lukisan paksi isometri di ---> Klik di sini <---

Diharapkan pelajar-pelajar dapat memahami dan bersama-sama membuat latihan yang dipaparkan dalam kompilasi video-video di atas.

Selamat berjaya

No comments:

Post a Comment